Topik 1 | Jenis Bater |
1.1 Pengenalan
Bater berasal daripada perkataan perancis ’battre’ yang bermaksud pukul. Ini bermakna bater perlu dipukul untuk merangkap udara dan untuk mendapat adunan sebatian yang licin, ringan dan hasil masakan mempunyai tekstur yang lembut dan gebu.
Bahan yang diguna untuk membuat bater adalah tepung gandum dan cecair seperti air, susu atau santan. Tepung yang mempunyai kandungan gluten yang tinggi sangat sesuai untuk membuat bater. Telur atau minyak atau mentega cair diguna untuk menyedapkan rasa dan menambahkan khasiat. Telur juga berperanan sebagai bahan penaik.
Adunan bater boleh dimasak pelbagai kaedah misalnya cucur udang digoreng dalam minyak yang penuh, kuih lompang dikukus dan kuih ketayap digoreng tohor.
Bater terbahagikan kepada tiga jenis iaitu (i) bater cair untuk membuat kuih ketayap dan kuih lompang; (ii) bater sadur untuk menyadur makanan contoh pisang goreng; dan (iii) bater pekat contoh skon
Rajah 7.1 Jenis-Jenis Bater
1.2 Adunan Asas Membuat Bater
I. Bater Cair
1 biji telur
100 gm tepung gandum
250 ml susu/air/santan
Secubit garam
i. Serbuk penaik tidak digunakan
ii. Diguna untuk membuat kuih tempatan
II. Bater Sadur
1 biji telur
1 camt. serbuk penaik
100 gm. tepung gandum
125 ml. susu/air/santan
i. Sedikit serbuk penaik digunakan untuk meringankan bater.
ii. Adunan mestilah pekat. Untuk menguji konsistensinya pastikan adunan membalut belakang senduk kayu.
III. Bater Pekat
1 biji telur
100 gm tepung
130 ml air/susu/santan
Secubit garam
7.3 Cara membuat bater
i. Tepung dan garam diayak bersama. Jika mengguna serbuk penaik ayakkan bersama tepung supaya ia rata.
ii. Tepung gandum atau tepung beras boleh digunakan.
iii. Tepung beras mudah diadun kerana ia tidak mengandungi glutin. Bater yang dibuat daripada tepung beras garing apabila digoreng. Bater mestilah cair. Jika dikukus keadaannya menjadi seperti kastard pekat apabila sejuk.
iv. Buat lubang di tengah-tengah, masukkan telur dan sedikit air dan gaul dengan mengguna sudu kayu. Teruskan masukkan air sedikit demi sedikit dan pukul sehingga sebati. Pastikan tidak ada ketulan. Semasa proses ini udara diperangkap ke dalam adunan.
v. Jika adunan berketul-ketul tapis. Tepung gandun akan bergentel kerana ia mengandungi glutin
vi. Biarkan adunan seketika di tempat dingin sebelum di guna untuk melembutkan kanji.
vii. Jika hendak mengguna bater sebagai saduran pastikan makanan kering.
viii. Pastikan suhu minyak sesuai apabila menggoreng. Minyak yang tidak cukup panas akan menyerap ke dalam bater menyebabkan makanan berminyak dan berat. Minyak yang terlalu panas pula akan menyebabkan bahagian luar cepat masak atau hangus tetapi bahagian dalam masih mentah.
ix. Gunakan kertas tisu untuk menyerap minyak.
1.4 Kegunaan Bater
1. Bater digunakan untuk menyadur makanan seperti pisang, keledek, ikan dan udang. Proses ini :
a. melindungi makanan daripada haba yang kuat;
b. mencegah zat makanan daripada terkeluar;
c. mencegah makanan daripada pecah; dan
d. membaiki rupa makanan
1.5 Rupa dan tekstur makanan dari bater yang telah dimasak:
i. ringan bergantung pada
a. Jenis tepung yang mempunyai gluten yang tinggi
b. Suhu – suhu panas pada mula-mula memasak dan turunkan suhu apabila separuh masak supaya makanan itu menjadi warna keperang-perangan dan isi di sebelah dalamnya masak.
ii. garing apabila digoreng
a. Apabila suhu tepat
Topik 2: Resipi Bater
Topik 2: Resipi Bater
Bater boleh dihindang dalam dua rasa iaitu manis dan savouri.
- Resipi Som-Som Berlauk - membakar
60 m tepung beras 500 ml santan
2 camb. udang kering ditumbuk
1 cili merah – dihiris
2 batang daun sup dan daun bawang - dimayang
Cara membuatnya
1. Bancuh tepung beras dengan santan menjadi bater.
2. Sediakan acuan kuih cara, sapukan sedikit minyak dan panaskan
3. Sendukkan sesudu adunan bater ke dalam acuan dan taburkan udang kering, cili merah dan daun sup.
4. Masak sehingga masak dan keluarkan mengguna lidi.
5. Hidang semasa masih panas.
Bater - membakar
- Resipi Kuih Bakar
3 biji telur 100 gm gula pasir
120 gm. tepung gandum 15 gm mentega dicairkan
500 ml santan 5 helai daun pandan - ditumbuk ambil jusnya
1 camb. bijan goreng tanpa minyak
Cara membuatnya
1. Panaskan ketuhar 170 C.
2. Kacau telur dengan gula. Masukkan tepun dan kacau rata
3. Masukkan mentega cair, garam, jus pandan, santan. Tapis adunan.
4. Tuangkan adunan ke dalam acuan dan tabur biji bijan
5. Bakar selama 45 minit.
6. Biarkan sejuk, keluarkan dari acuan. Potong apabila sudah sejuk
No comments:
Post a Comment