A. MINUMAN
Badan kita memerlukan air sekurang-kurang 2-3 litre air sehari. Air boleh diperolehi daripada minuman dan makanan yang kita makan seperti sup, buah-buahan dan minuman. Minuman ialah cecair yang boleh memuaskan dahaga, merangsangkan badan dan memberi khasiat kepada tubuh badan kita.
Minuman boleh dibahagikan kepada tiga jenis iaitu (i) menyegar dan menghilang dahaga pada hari panas; (ii) memberi khasiat untuk tumbesaran; dan (iii) merangsang yang menyebabkan tubuh kita menjadi aktif dan menambah selera untuk makan. Minuman juga membantu proses pencernaan dan melarutkan bahan-bahan buangan di dalam badan.
1.1.1 Minuman Menyegarkan
Minuman ini dihidang dalam keadaan sejuk untuk memuaskan dahaga dan menyegarkan. Minuman ini boleh dihidang sebelum atau selepas makan dan pada bila-bila masa. Minuman dari buah-buahan dan sayur-sayuran mengandungi banyak vitamin, garam galian dan karbohidrat dalam bentuk gula dan juga sebagai bahan pelawas. Contoh minuman sejuk adalah air limau nipis, air nenas, air lamnit, jus tomato dan jus keret.
Syarat penyediaan minuman buah-buahan/sayur-sayuran.
i. Gunakan buah-buahan atau sayur-sayuran yang segar.
ii. Buat sirap terlebih dahulu iaitu dengan mencairkan gula dengan air panas dan sejukkan. Sirap panas memusnahkan vitamin.
iii. Rendam kulit limau nipis atau kasturi atau lemon yang berhiris dalam sirap panas untuk memberi rasa lebih sedap.
iv. Perah air buah atau kisar dan tapis. Sejukkan di dalam peti sejuk.
v. Hidang dengan ketul ais dan hiaskan dengan hirisan buah.
vi. Gunakan bekas kaca atau tembikar kerana bekas logam akan memberi tindak balas dan mempengaruhi rasa minuman.
Resipi Air Nenas
1 biji buah nenas yang kecil 1 biji limai nipis
3 camb. gula 1 ½ litre air
1 helai daun pandan air batu
Cara membuatnya
1. Sediakan sirap bersama daun pandan dan sejukkan.
2. Kupas nenas, buangkan semua matanya
3. Potong nenas untuk mendapatkan 12 kiub, yang selebihnya parut dan perah airnya ke dalam sebuah bekas.
4. Perahkan limau, tapis dan tuangkan air nenas ke dalam jag bersama sirap.
5. Masukkan air dan sejukkan
6. Hidang bersama kiub nenas dan air batu dan hirisan limau.
1.1.2 Minuman Berkhasiat
Susu dan koko merupakan minuman yang berkhasiat. Koko mengandungi kanji, asid folik, besi dan lemak dan sangat sesuai untuk kanak-kanak dan pesakit. Susu pula mengadungi vitamin A, B, protein, lemak dan besi. Susu senang dihadam oleh itu ia sangat sesuai untuk bayi, kanak-kanak, pesakit, ibu mengandung dan orang-orang tua.
Jenis-Jenis Susu
i. Susu segar
Susu ini diperolehi dari lembu dan tidak boleh diberi kepada bayi kerana terlalu keras. Susu ini perlu dimasak atau melalui proses pensterilisasi sebelum diminum untuk membunuh bakteria dan menahannya daripada masam. Contoh susu Dutch Lady,
ii. Susu cair
Separuh daripada air dalam susu ini disejatkan menjadi pekat dan kemudian ditinkan. Susu ini mengandungi lebih lemak dan boleh dicairkan dan tidak sesuai untuk bayi atau pesakit. Susu ini digunakan dalam masakan seperti membuat kek, puding, salad dan aiskrim. Contoh susu Ideal, Carnation dan F&N.
iii. Susu pekat
Lebih daripada setengah daripada air dalam susu disejatkan dan dicampurkan dengan gula untuk memaniskannya dan mencegah pembiakan bakteria. Susu ini tdak sesuai untuk bayi kerana mengandungi banyak gula dan ia digunakan dalam masakan atau minuman. Contoh susu Milk Maid, F&N da Teapot.
iv. Susu tepung
Semua kandungan air dalam susu disejatkan meningalkan pepejal berderai dalam bentuk tepung. Susu ini boleh disimpan lama di tin kedap udara. Susu tepung perlu dibancuh dengan air dan sesuai untuk makanan bayi, ibu mengandung, paskit dan orang-orang tua. Contoh susu Dumex, Lactogen dan Promil.
Resipi Air Koko
2 camt. koko 1 litre air
Gula secukup rasa
Cara membuatnya
1. Bancuh koko dengan sedikit susu, pastikan tidak bergentel.
2. Didihkan susu
3. Masukkan koko ke dalam susu, kacau dan didih selama 3 minit.
4. Tuangkan minuman ke dalam jag dengan gula berasingan.
1.1.1 Minuman Merangsangkan
Minuman ini meningalkan kesan ransangan ke atas sistem saraf dan jantung. Minuman ini tidak mengandungi khasiat nutrien melainkan jika dihidang bersama gula dan susu. Oleh itu elak daripada memberi minuman ini kepada kanak-kanak. Contoh minuman yang merangsang ialah air kopi dan air teh.
I Air Teh
Teh mengandungi bahan perangsang ’theine’ yang sesuai untuk masa keletihan dan bahan ’tanin’ yang memberi air teh rasa pahit, mengeraskan protein dan mengandungi florida. Daun teh perlu disimpan dalam bekas yang bersih, kedap udara dan letak di tempat sejuk. Terdapat pelbagai jenis teh iaitu teh hijau, ter berperisa dan teh segera. Teh hijau mengandungi lebih banyak tanin
Penyediaan air teh.
a. Panaskan tekoh dengan mencurahkan air panas ke dalamnya sebelum menuangkan air mendidih.
b. Gunakan air mendidih dan biarkan terseduh selama 3-4 minit. Jangan biarkan daun teh terlalu lama kerana daun teh akan mengeluarkan tani yang menyebabkan teh rasa pahit dan hidang dengan segara.
c. Hidang teh dengan susu panas dan gula berasingan di atas dulang. Tuangkan susu ke dalam cawan sebelum menuangkan air teh supaya susu bercampur dengan baik dengan teh.
II Air Kopi
Kopi mempunyai bahan perangsang kafein. Terdapat pelbagai jenis kopi, iaitu serbuk kopi rasa lebih pahit, kopi segera tidak perlu ditapis dan kopi ’de-caffeinated’ yang kandungan kafein telah dikurangkan.
Penyediaan air kopi
a. Panaskan tekoh dengan mencurahkan air panas ke dalamnya sebelum menuangkan air mendidih.
b. Gunakan air mendidih dan tuangkan terus ke dalam tekoh. Jangan biarkan air kopi mendidih di atas dapur kerana ia akan menyebabkan rasa pahit.
c. Biarkan kopi terseduh selama 10 minit dan tapiskan sebelum menuangkan ke dalam tekoh jika mengguna kopi sebuk.
d. Hidang teh dengan susu panas dan gula berasingan di atas dulang.
Desert atau pencuci mulut adalah makanan sampingan yang dihidang selepas makan utama.
5.2 Pengenalan
Desert dibahagikan kepada tiga jenis iaitu (i) panas; (ii) sejuk; dan (iii) dingin beku. Desert dihidangkan selepas makan tengah hari atau malam untuk melengkapkan atau menyeimbangkan hidangan. Desert juga akan memberi pelbagai warna pada hidangan dan menghilangkan rasa muak.
Desert hendaklah seimbang ataupun lengkap denga hidangan-hidangan lain. Sekiranya hidangan lain sudah berlemak, perlu dipertimbangkan hidangan desert yang kurang berlemak.
5.2.1 Desert panas
Desert panas hendaklah segera dihidang sebaik sahaja deserat tersebut disediakan supaya rasa dan rupanya tidak terjejas. Contoh desert panas yang akan terjejas apabila dibiarkan terlalu lama di meja hidangan ialah souffle akan jatuh, pisang goreng akan hilang kerangupannya dan pankek (crepe) akan menyerap sos.
Contoh resipi desert panas.
Bubur Pulut Hitam
2 camb. pulut hitam 1/3 kelapa- 1 pt. Santan
2 pt. Air sedikit garam
½ cawan gula (5 camb.) 2 helai daun pandan
Cara membuatnya
1. Bersihkan dan cuci pulut. Masak perlahan di dalam periuk yang berisi air dengan daun pandan hingga lembut.
2. Perah 1 pt. santan.
3. Masukkan santan, gula dan sedikit garam ke dalam periuk yang berisi pulut tadi. Masak sehingga pulut kembang. Rasa.
4. Hidangkan semasa ia masih panas.
5.2.2 Desert Sejuk
Desert sejuk terdiri dari kastard, jeli, puding, tat, kek dan mousse. Desert ini dihidang dalam acuan kecil dan dihias dengan buah-buahan, coklat, kekacang, krim atau sos.
Contoh resipi desert sejuk
Kastard Karamel
Karamel:
100 gm. gula pasir 30 ml air
Kastard:
4 biji telur 500 ml susu
100 gm. gula kastor 1 camt. esen vanila
Hiasan:
120 gm. koktel buah 1 biji buah kiwi & plum
1 gulung coklat gulung
5.2.3 Desert Dingin Beku
Desert dingin beku sangat pupolar dan disukai ramai. Desert ini menambah variasi kepada hidangan dan sangat sesuai dihidang pada cuaca panas teruama selepas makan tengah hari. Aiskrim, sundae adalah sherbet contoh desert dingin beku.ontoh resipi desert dingin beku.
Mango Sherbet
150 gm gula kastor + 175 ml air - untuk sirap dan sejukkan
300gm isi buah mangga
60 ml. jus oren
Hiasan:
2 hiris mangga 4 scoop aiskrim
4 biji buah ceri
Cara membuatnya
1. Kisar buah mangga bersama jus oren. Dapatkan sebanyak 475 ml. puri
2. Campuran mangga dan sirap. Kacau rata dan tapis
3. Sejuk bekukan bahan tersebut dalam alat pembuat aiskrim atau guna bekas ais, masukkan dalam peti dingin beku sehinga sherbet beku.
4. Masukkan sherbet yang separuh beku ke dalam food processor dan kisar hingga licin.
5. Tuangkan sherbet dalam bekas dan bekukan lagi
6. Keluarkan seherbet dan biarkan 10 minit untuk melembutkannya
7. Senduk satu scoop ke dalam gelas sundae/mangkuk kecil
8. Hiaskan dengan aiskrim, ceri dan hirisan mangga.
5.2.4 Panduan menyediakan desert
- Bahan yang digunakan untuk membuat desert merupakan bahan yang mudah dicemari bakteria yang boleh menyebabkan keracunanan makanana terutama sekali telur dan susu.
- Desert panas perlu dihidang pada hari disediakan. Jangan disimpan lebih daripada sehari
- Desert sejuk boleh disimpan dalam peti sejuk dan ditutup dengan kertas logam atau bekas yang bertutup supaya makanan tidak menjadi kering dan mengelakkan dari jangkitan bau makanan lain.
- Desert sejuk beku boleh disimpan dalam
- Desert boleh dihias dengan cara tertentu seperti di dalam gelas sundae, piring yang berukuran 6”m di alas dengan kertas doili atau mangkuk bujur
Baca dan jawab soalan-soalan berikut
- Huraikan cara menyediakan minuman yang menyegarkan.
- Nyatakan cara anda memilih desert
- Buat satu koleksi resipi hidangan desert.
- Reka cipta satu resipi minuman yang menyegarkan.
No comments:
Post a Comment