Bidang Keberhasilan Utama Negara atau NKRA (NATIONAL KEY RESULT AREAS) merupakan usaha kerajaan Malaysia untuk memenuhi keperluan rakyat selepas PRU12.
NKRA diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 11 Julai 2009. Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi Perdana Menteri Malaysia pada 3 April 2008. Hala tuju strategik NKRA , perancangan dan pelaksanaan selaras dengan Rancangan Malaysia Ke-10. Ia dilancarkan dalam majlis Perdana Menteri Bersama Anggota Pentadbiran dan penjawat Awam di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).
Pengerusi Lembaga Pemandu NKRA ialah Senator Tan Sri Dr Koh Tsu Koon. Ketua Pegawai Eksekutif Unit Penyampaian dan Pengurusan Prestasi (Pemandu) NKRA ialah Senator Datuk Seri Idris Jala. Setiap NKRA, seorang menteri dilantik sebagai 'lead minister' atau menteri pimpinan bagi menerajui NKRA yang ditetapkan.
Semua kementerian, jabatan dan agensi kerajaan negeri giat memperkasakan keupayaan pegawai dan kakitangan untuk memahami konsep, mengenal pasti dan melaksanakan keperluan penyediaan NKRA dan KPI di peringkat masing-masing. Kerajaan terbuka kepada semua maklum balas yang diterima dan bersedia untuk merealisasikan kesemua pelan.Peringkat NKRA
NKRA pada peringkat negara dilaksanakan bermula September 2009. NKRA peringkat kementerian yang dikenali sebagai KRA akan dilaksanakan mulai Januari 2010 NKRA dibahagikan kepada dua fasa melibatkan peringkat negara dan kementerian yang berkuatkuasa pada tempoh berlainan.
Enam bidang tumpuan NKRA ialah :
- Mengurangkan jenayah - Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (Menteri Dalam Negeri)
- Memerangi rasuah - Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz (Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
- Meluaskan akses kepada pendidikan bermutu dan termampu - Tan Sri Muhyiddin Yassin (Timbalan Perdana Menteri, Menteri Pelajaran)
- Meningkatkan taraf hidup isi rumah berpendapatan rendah - Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil (Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat)
- Memperkasa prasarana luar bandar dan pedalaman - Datuk Seri Shafie Apdal (Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah)
- Menambah baik pengangkutan awam bandar - Datuk Seri Ong Tee Keat (Menteri Pengangkutan)
NKRA Pendidikan
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyatakan bahawa sub NKRA terbahagi kepada 4 iaitu :
- Memperluas dan memantapkan pendidikan prasekolah
- Meningkatkan kadar literasi dan numerasi (LINUS).
- Mewujudkan Sekolah Berprestasi Tinggi
- Insentif berbentuk kewangan dan bukan kewangan kepada kepimpinan sekolah.
Kanak-kanak seawal umur empat tahun dalam sistem prasekolah diharapkan dapat membina keyakinan anak-anak dan membentuk pemikiran kritis, kreatif dan inovatif. Standard antarabangsa menetapkan tempoh 12 tahun bagi setiap murid. 315 buah kelas prasekolah disediakan dengan bilangan guru prasekolah seramai 7,511 orang pada 2010. Semua prasekolah, kerajaan mahupun swasta akan menggunakan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK).
Kelas Prasekolah akan dibina di rumah-rumah panjang di Sarawak. Bangunan khusus akan dibina atau dibina dalam rumah panjang. Banyak rumah panjang di Sarawak kini menggunakan batu-bata dan simen, tidak lagi menggunakan kayu. Contohnya rumah panjang di Batang Ai. Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib bin Mahmud berharap penghuni rumah panjang akan menyokong program pembangunan yang disediakan oleh kerajaan.
LINUS ditumpukan kepada murid yang lemah penguasaannya dalam kemahiran 3M. Kadar literasi murid sekolah rendah adalah 87 %. 2010 disasarkan 90 %. Guru-guru terbaik akan mengajar Tahun 1. Guru Pemulihan ditambah kepada nisbah 1:15 murid. 20 % murid menyertai kelas prasekolah pada akhir 2012 . Semua murid normal boleh menguasai asas kemahiran literasi dan numerasi selepas tiga tahun mengikuti pendidikan rendah. Semua sekolah dipastikan mendapat bekalan elektrik 24 jam. Prasekolah berpusat terutama di kawasan pedalaman akan diperkenalkan.
20 buah sekolah disasarkan untuk menjadi Sekolah Berprestasi Tinggi pada tahun 2010. Tahun 2012 dijangka 100 buah sekolah.69 buah Sekolah Menengah Teknik distruktur semula untuk dijadikan Sekolah Menengah Vokasional.Sekolah aliran vokasional dan kemahiran menjadi satu daripada bidang aliran perdana dalam sistem pendidikan.
'New Deal' atau Bai'ah Baru diperkenalkan kepada pemimpin sekolah dengan hasrat untuk meningkatkan profesionalisme pengurusan dan kecemerlangan sekolah.
UNESCO dalam Laporan Pemantauan Global Pendidikan Untuk Semua 2009 meletakkan Malaysia pada kedudukan ke-45 daripada 129 negara. Malaysia di kalangan 56 negara yang berada di kedudukan aras tinggi pada Indeks Pembangunan Untuk Semua.
NJ casino's new online slots now legal
ReplyDeleteIn 세종특별자치 출장샵 a video from New 보령 출장샵 Jersey casino operator a new 이천 출장안마 casino 원주 출장마사지 to offer new players 경상북도 출장안마 bonus funds to bettors is now open. There's a lot to